Monday, September 15, 2008

Perancangan Pendidikan Luar

Pembentukan Jawatan Kuasa

1. Pembentukan Jawatankuasa Induk – sebagai penggerak perancangan awal. Jawatan kuasa dianggotai oleh beberapa jawatan seperti berikut:-

a. Penaung
b. Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari

2. Perlantikan Jawatankuasa Kerja – Selepas JK induk bermesyuarat kali pertama, JK kerja dilantik untuk membuat draf yang berkaitan dengan bidang masing-masing seperti:-

a. JK Pengangkutan
b. JK Peralatan
c. JK Makanan
d. JK Tugas-Tugas Khas
e. JK Penempatan
f. JK Keselamatan
g. JK Program
h. JK Aktiviti
i. JK Laporan dan Rekod

Penyediaan Kertas Kerja

Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut:-

a. Tajuk
b. Tarikh
c. Matlamat
d. Objektif
e. Plan tindakan
f. Pengisian Program
g. Sumber tenaga
h. Sumber kewangan
i. Kawalan
j. Penilaian

Friday, September 12, 2008

Definisi, Falsafah dan Matlamat.


Definisi

Ford ( 1981 ) mendefinisikan PL sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Knapp ( 1981 ) menyatakan bahawa pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Hammerman et.al ( 1985 ) telah mendefinisikan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.


2. Falsafah

Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional.

3. Matlamat

1. Pendidikan luar yang telah diubahsuai selaras dengan matlamat ‘ humanization of education’. Perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani.

2. Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emasi dan social yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.

Pendidikan Luar dan Rekreasi di Malaysia.

Salam Perkenalan.

Kepada semua penggiat Pendidikan Luar dan Rekreasi di Malaysia.

Selama ini, kita bergiat aktif dengan berbagai pengetahuan, fahaman dan pengalaman. Perbezaan ini sedikit sebanyak memberi impak terhadap program PL dan rekreasi di Malaysia. Melalui blog ini diharap kita berganding bahu dan berkongsi pengetahuan, idea dan pengalaman supaya aliran pergerakan ini mempunyai arah dan matlamat yang sama, kemahiran yang serupa dan peraturan yang standard.,